Pages

Monday, December 6, 2010

Pada Siapa...



Pada siapa boleh aku ceritakan
tentang duka dan sengsara
yang seluas lautan

Pada siapa boleh aku harapkan
untukku hilangkan resah dan gelisah
yang memenuhi segenap penjuru hidupku ini

Pada siapa boleh aku bisikkan
tentang semua yang aku rintihkan
yang menjadi saksi penyesalan tiada berkesudahan

Pada siapa..
Pada siapa...

Pada siapa boleh aku letakkan
segala kasih dan cinta ibarat hawa kepada adam
yang indah dan penuh dengan percaya

Sengguhnya..
Hanya padaMu Ya Tuhanku
yang mencipta dan menerima aku seadaNya
CintaMu tidak pernah berbelah bahagi
KasihMu tidak mengukur paras rupaku
AnugerahMu tidak pernah menilai segala kekuranganku
Terima kasih Tuhanku

Mungkin insan sepertiku
tidak selayak bertakhta dihati manusia

Tetapi aku tahu
Bahawa kasih dan cintaku
tidak akan pernah pudar untukMu
yang mencipta dan memberikan nyawa
kesegenap penjuru hatiku
supaya aku menyayangi semua insan
tanpa mengenal erti kekurangan pada mereka...